TEMAN-TEMAN BLOG ! meh join sekali ;)

Saturday 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Memandangkan  kita akan menyambut raya aidiladha pada 6 november 2011 ini, admin nak share dengan anda semua panduan cara solat sunat Aidilfitri.


Mungkin ada di antara kita terlupa cara solat sunat Aidiladha maklumlah kita menyambut Hari Raya 2 kali sahaja setahun iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI | SEMBAHYANG RAYA | Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:
Lafaz Takbir:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 

Panduan Solat Sunat Aidiladha
Takbiratul ihram /Niat solat:
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam – menjadi makmum).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
-
Membaca doa iftitah.
-
Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
Membaca fatihah dan surah al Akla.
Rukuk dan sujud seperti biasa.
Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselang-selikan dengan tasbih 4 kali.
Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
Memberi salam.
Disunatkan takbir dan doa,
Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjemaah)
p/s : jgn lari erk

Semoga panduan cara solat sunat Aidilfitri ini dapat membantu anda semua terutamanya yang sudah terlupa bagaimanakah untuk mengerjakannya.


Salam aidiladha dari saya ,syukur saleh :D , ape tunggu lari jom rebahkan lembu !!! 

No comments:

Post a Comment